Apakah wawasan 2020?
Gagasan negara untuk menjadi sebuah negara Malaysia yang maju menjelang tahun 2020.
Siapakah pencetus idea Wawasan 2020?
Mantan Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Dr Mahathir Mohammad pada Februari 1991.
Matlamat wawasan 2020:
1. Menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara industri yang maju dengan menggunakan acuan sendiri setanding dengan negara maju di dunia
2. Mencapai kemajuan yang bersepadu dengan menitikberatkan kemajuan fizikal dan spiritual
Para pelajar...
Blog ini menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran untuk subjek Sejarah Tingkatan 5 serta artikel-artikel berkaitan dengan sejarah. Anda boleh 'klik' pada mana-mana bahan pilihan anda.
Showing posts with label Sejarah Tingkatan 5. Show all posts
Showing posts with label Sejarah Tingkatan 5. Show all posts
Wednesday, 13 July 2011
Tuesday, 12 July 2011
Rukun Negara
Pembentukan Rukun Negara adalah kesan daripada peristiwa 13 Mei 1969. Pembentukan ideologi ini telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970.
Matlamat:
1. Mengukuhkan perpaduan
2. Memelihara corak hidup demokratik
3. Mencipta sebuah masyarakat yang adil
4. Menjamin sikap liberal terhadap tradisi kebudayaan yang pelbagai
5. Membina masyarakat yang progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi
Matlamat:
1. Mengukuhkan perpaduan
2. Memelihara corak hidup demokratik
3. Mencipta sebuah masyarakat yang adil
4. Menjamin sikap liberal terhadap tradisi kebudayaan yang pelbagai
5. Membina masyarakat yang progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi
Thursday, 7 July 2011
Lagu Negara
Negara ku
Tanah Tumpahnya Darah ku
Rakyat Hidup Bersatu Dan Maju
Rahmat Bahagia Tuhan Kurniakan
Raja Kita Selamat Bertakhta
Rahmat Bahagia Tuhan Kurniakan
Raja Kita Selamat Bertakhta
Tanah Tumpahnya Darah ku
Rakyat Hidup Bersatu Dan Maju
Rahmat Bahagia Tuhan Kurniakan
Raja Kita Selamat Bertakhta
Rahmat Bahagia Tuhan Kurniakan
Raja Kita Selamat Bertakhta
Lagu Negaraku berasal daripada sebuah lagu yang terkenal dalam kalangan khalayak bangsawan yang berjudul Terang Bulan. Mulanya ia merupakan lagu negeri Perak dan dipilih oleh Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu untuk dijadikan lagu Kebangsaan.
Tuesday, 5 July 2011
Bendera
Bendera Malaysia pada awalnya telah direka oleh Encik Mohamad Hamzah, arkitek kerajaan Johor. Pada 22 dan 23 Februari 1950, beberapa pindaan telah dibuat terhadap reka bentuk bendera sebelum diluluskan oleh majis Perundangan Persekutuan pada 19 April 1950. Bendera Persekutuan Tanah Melayu berkibar buat pertama kalinya pada 26 mei 1950 di perkarangan Istana Selangor.
Bendera Malaysia mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri - Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu dan Kerajaan Persekutuan.
Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima itu maknanya perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia. Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Warna kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.
Subscribe to:
Posts (Atom)